Penanaman dan kegunaan Ginkgo biloba

Pokok ginkgo sudah lama ditanam di China; sesetengah yang ditanam di tokong dipercayai telah berumur lebih dari 1,500 tahun lamanya.

Pokok ginkgo mudah hidup dengan baik di persekitaran bandar, tahan dengan pencemaran udara dan kawasan tanah terhad.[2] Ia juga jarang diserang penyakit dan perosak.[3][4] Kebanyakan yang ditanam adalah pokok jantan kerana ia tak menghasilkan biji benih yang berbau busuk apabila gugur. 'Emas Luruh' ('Auntum Gold') ialah kultivar popular sebagai klon pokok jantan yang banyak digunakan dalam penanaman sebagai pokok hiasan di negara yang mempunyai 4 musim.

Ginkgo juga popular sebagai tanaman penjing dan bonsai; ia boleh ditanam dan disimpan dalam bekas kecil dan dijaga untuk berkurun lamanya. Selanjutnya, ia adalah pokok yang mudah dibiakkan melalui biji benih.

Pokok ginkgo ialah pokok kebangsaan bagi China.Ginkgo biloba